Nadi Training E-System State Sarawak (Sibu)
25 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 sehingga 26 Februari 2025, Isnin sehingga Rabu, Penolong Pengurus NADI Rantau Panjang telah menghadiri NADI TRAINING E-SYSTEM STATE SARAWAK (SIBU) di Paramount Hotel, Sibu selama tiga (3) hari.
Pada hari pertama, latihan bermula daripada pukul 2:00 petang sehingga 9:00 malam. Sesi pertama telah dikendalikan oleh Encik Mohd Firdaus yang merupakan wakil daripada TP MSD. Encik Mohd Firdaus telah menerangkan ciri-ciri dan fungsi utama NADI E-System kepada semua petugas NADI selain daripada memberi pendedahan mengenai penggunaan NADI E-System. Pada sebelah malam pula, sesi Wellbeing telah dikendalikan oleh Puan Ainul Ibrahim yang merupakan wakil MRIC Healthcare dan menekankan kepentingan proses saringan kepada komuniti sebagai usaha untuk menjaga kesihatan komuniti.
Pada hari kedua pula, sesi latihan telah bermula daripada pukul 8:00 pagi sehingga 8:00 malam dengan sesi CyberSAFE Ambassador Certification oleh Cik Iman Balqis dari Cybersecurity Malaysia. Sesi ini memberi tumpuan kepada landskap keselamatan siber dan langkah-langkah keselamatan dalam media sosial. Sesi ini disusuli dengan modul Cyber Security in Daily Life oleh Cik Faqiha Marzuki yang juga merupakan wakil dari Cybersecurity Malaysia. Pada sebelah petang pula, sesi pengenalan kepada aplikasi komuniti MADANI iaitu JatiMadani telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zaini yang merupakan wakil SSO Inisiatif Kerajaan.
Pada hari ketiga latihan pula, satu tugasan duta telah diberikan kepada setiap petugas NADI yang telah menghadiri latihan tersebut dengan membuat pembentangan mengenai keselamatan siber dalam kehidupan seharian. Tujuan pembentangan ini diadakan adalah untuk menilai sejauh mana pemahaman petugas NADI mengenai topik keselamatan siber.
Secara keseluruhan, latihan ini berjaya dalam meningkatkan pemahaman penggunaan NADI E-System kepada petugas NADI serta menerapkan kesedaran dalam kepentingan siber dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: